1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu  bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,  mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal  indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan  menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan  sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda  telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas  kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa  yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama  pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat  bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat  seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya  tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar  untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.  Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.  Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai  seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga  menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat  memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala  perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta  sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci  atau cinta sejati.