belum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang  tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu  dalam bab-bab berkapel ni. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan  korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.
1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak  mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang  mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la).  Tak pun, menggunakan “intelligence” untuk mendapatkan no phone kita tu.
2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah  hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc.  Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.
3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah  mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita  sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata  mata masih segar lagi.
4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita.  Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line  dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak  hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape  lagi.
5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke,  keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai  dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu,  sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.
6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan,  mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk-Comot la,  Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan. Tapi  rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama  kapel.
7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal. Konon-konon nak  bermanja la tu. Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan  macam mana nak setelkan masalah tersebut. Dalam masalah pun, dia still  nak buat lawak untuk bagi kita happy.
8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia  akan approch kita. Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia  nak mendeclare tu. Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada  yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke, ape ke.  Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak  menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.