1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan  & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan  Tonjolkan keburukan Anda Pada Awal Pertemuan.
2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri  Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang  Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa  tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika  si dia sedang bercakap.
4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan  Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda  Lebih Mudah Menerima Seseorang.
5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.
6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak  Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing – Masing. Gunakan  Ayat positif Seperti (Saya Suka).
7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah,  Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih,  Maka Gembirakanlah Si Dia.
8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati  Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya,  Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong  Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu.  Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor.  Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk  Menerima Hubungan Baru.
11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk  Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya,  Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya.  Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan  Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.
13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran  Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan  Kaedah Penyelesaian Masalah.
14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa  Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan  Perkara Yang Hendak DiSampaikan.
15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik &  Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah  & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.
16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah,  Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau  Menunding jari Kepada Sesiapa.
17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain,  Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah  anda Lebih Mementingkan Mereka.
18. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan  Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang  Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.
19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang  Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat!  Jangan Menabur Janji.
20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Dengan  Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan  Membawa Masalah Baru Yang lain.
21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu  pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita  lebih tabah dalam kehidupan.
22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil  dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi  keistimewaan kepadanya.
23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling  mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong  dalam kehidupan sosialnya.
24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama,  seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti  seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.
25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi  tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai  aktiviti yang dapat dilakukan bersama.