Monday, August 23, 2010
Berbuka Puasa Ceremony with TLDM
Ogos 23, 2010. Aku telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama beberapa orang pegawai TLDM dan anggota kadet lain. Bertempat di New Horizon Garden Restaurant. Boleh dikatakan makanan di sini sedap dan menyelerakan. Akan tetapi jika anda semua ingin mencuba Tomyam di sini silakan kerana rasanya yang agak KAW?dan menyebabkan aku dan tetamu lain tidak mampu untuk menghabiskannya. Pedas bah..Nda tahan aku. Makanan yang disediakan pada malam itu ialah masakan sotong, ayam mayonis, ikan siakap 3 rasa, serunding ayam, daging panggang dan tidak lupa juga kurma dan agar-agar yang menyegarkan mata.
Atas kesedapan rasa ikan siakap 3 rasa itu, ramai di antara kami menambah nasi buat kali kedua. Memang ramai yang terliur dengan kesedapan ikan siakap..Saiznya yang besar dan boleh dikongsi sehingga 8 orang. Tidak terkecuali kanak-kanak yang hadir turut memeriahkan majlis kerana ada saja drama yang mereka buat bermula daripada SUDU TERBANG?sehingga air tertumpah dan sebagainya. Rasa teringin pula nak ada anak tapi bila difikirkan balik tanggungjawabnya besar untuk dipikul. Selepas berbuka puasa, kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan sebagai pencuci mulut. Dengan menghadiri majlis sebegini sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan beban rinduku terhadap keluargaku yang jauh di mata, dekat di hati. =)
Sampai di sini penulisanku. Assalamualaikum.
-shaf-