Tuesday, February 1, 2011

Kapal selam SCORPENE

KD TUN ABDUL RAZAK
  

    Dua buah kapal selam negara iaitu SCORPENE yang lebih dikenali KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak berperanan untuk melaksanakan berbagai - bagai tugas dan misi seperti pengumpulan data perisikan, pengawasan perairan, menyekat jalan perhubungan laut, melancarkan misil dan serangan torpedo serta memasan dan mengaktifkan periuk api.
   
    Kapal selam SCORPENE dilengkapi dengan sistem kuasa gerak dan bekalan kuasa yang moden dan senyap serta sukar dikesan oleh kapal permukaan. Ianya juga turut dilengkapi dengan sistem persenjataan terkini merangkumi sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api. Ukuran panjangnya yang hampir 70 meter dan sesaran permukaan melebihi 1500 tan , sistem persenjataan kapal selam SCORPENE iaitu Submarine Tactical Integrated Combat System (SUBTICS) berfungsi untuk memproses segala maklumat ddari sensor akustik dan bukan akustik dari permukaan, bawah permukaan dan udara. Kapal selam SCORPENE turut dilengkapi peluru berpandu SM 39 Exocet anti kapal.