Showing posts with label TLDM. Show all posts
Showing posts with label TLDM. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Kapal selam SCORPENE

KD TUN ABDUL RAZAK
  

    Dua buah kapal selam negara iaitu SCORPENE yang lebih dikenali KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak berperanan untuk melaksanakan berbagai - bagai tugas dan misi seperti pengumpulan data perisikan, pengawasan perairan, menyekat jalan perhubungan laut, melancarkan misil dan serangan torpedo serta memasan dan mengaktifkan periuk api.
   
    Kapal selam SCORPENE dilengkapi dengan sistem kuasa gerak dan bekalan kuasa yang moden dan senyap serta sukar dikesan oleh kapal permukaan. Ianya juga turut dilengkapi dengan sistem persenjataan terkini merangkumi sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api. Ukuran panjangnya yang hampir 70 meter dan sesaran permukaan melebihi 1500 tan , sistem persenjataan kapal selam SCORPENE iaitu Submarine Tactical Integrated Combat System (SUBTICS) berfungsi untuk memproses segala maklumat ddari sensor akustik dan bukan akustik dari permukaan, bawah permukaan dan udara. Kapal selam SCORPENE turut dilengkapi peluru berpandu SM 39 Exocet anti kapal.

Wednesday, January 12, 2011

Kawat Senyap TLDM

Kawat Senyap ataupun Kawat Tanpa Perintah TDLM telah ditubuhkan pada 15 Julai 1990.

Terdapat beberapa formasi di dalam kawat senyap ini. Antaranya :

a) Formasi Perdana
   - Pergerakan ini merupakan kombinasi pergerakan pembuka tirai persembahan dengan memberikan penghormatan menggunakan senjata yang digunakan mengikut taraf tetamu yang hadir pada persembahan itu.

b) Formasi Perkasa
   - Ianya membawa maksud apa jua misi TLDM sedia dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

c) Formasi Handalan
   - Kombinasi pergerakan tangan yang dikenali sebagai pergerakan nombor 4 yang membawa maksud kesiapsiagaan TLDM dalam menjaga kepentingan negara.

d) Formasi Laksamana
   - Formasi ini membawa maksud semangat kerjasama berpasukan yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap warga TLDM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

e) Formasi Jebat
   - Kedudukan formasi dalam 4 barisan dengan memusingkan senjata yang membawa maksud TLDM siap sedia menghadapi segala bentuk ancaman dari segenap penjuru.

f) Formasi Marikh dan Musytari
   - Formasi objek 2 bintang dan 4 anggota melambung senjata membawa maksud TLDM sedia menangkis serangan dengan menggunakan kemahiran dan kecekapan yang dimiliki oleh      anggota TLDM dalam mempertahankan kedaulatan raja dan negara dari dicerobohi.

g) Formasi Formasi Ganas
   - Formasi 4 barisan serta membaling senjata bersilang membawa maksud TLDM sentiasa berdepan dengan sudut ancaman sama ada dari laut, udara dan darat.

h) Formasi Samudera
   - Gabungan pergerakan kaki dan tangan dan keseragaman pergerakan membawa maksud bahawa TLDM mampu menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang.

i) Formasi Gempita dan Ganyang
   - Formasi 2 bulatan dengan pergerakan melambung senjata yang membawa maksud semua lapisan warga TLDM mengamalkan budaya kerja cemerlang dan berkualiti serta
     memegang teguh disiplin tentera.

j) Formasi Pendekar
   - Formasi 2 barisan dengan pergerakan ombak menunjukkan TLDM sentiasa mengharungi ombak bergelora dalam melaksanakan tugas demi keselamatan perairan negara dari      dicerobohi.

k) Formasi Hormat
   - Pergerakan ini merupakan kombinasi pergerakan penutup tirai persembahan dengan tembakan ke udara seterusnya memberikan penghormatan menggunakan senjata      menunjukkan adat menghormati dan menzahirkan rasa terima kasih kepada hadirin.

Pemodenan Aset Udara TLDM

Fennec

Super Lynx
    TLDM telah membeli 6 buah helikopter Westland Super Lynx untuk kapal - kapal utama dalam armadanya dan beroperasi di bawah Skuadron 501 bangi menggantikan Skuadron 499 yang menggunakan helikopter jenis WASP dari United Kingdom. Selain itu, perolehan Helikopter AS 555 Aerospatiale Fennecs digunakan sebagai platform latihan kepada juruterbang TLDM khususnya. Perolehan sebegini telah meningkatkan tahap keupayaan armada TLDM.

Saturday, January 1, 2011

New Generation Patrol Vessel (NGPV)

    NGPV iaitu New Generation Patrol Vessel yang mana merupakan salah satu program pemodenan aset TLDM khususnya. TLDM merancang untuk membina 27 buah kapal ronda dibawah program NGPV. Kapal - kapal ini diasaskan daripada reka bentuk modular MEKO A-100 dan boleh ditingkat upaya menjadi korvet dengan mudah dengan aturan fitted for, but not with seperti sistem plug and play. Ciri - ciri kapal NGPV ini menyerupai sebuah kapal korvet namun ia dikonfigurasikan sebagai KAPAL RONDA LUAR PANTAI. Enam buah kapal telah disiapkan dan ditauliahkan iaitu KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan KD Selangor. Kapal kelas KEDAH ini dilengkapi dengan senjata meriam Oto Melara 72/62 mm dan Oto Melara 30mm.


KD PAHANG 172

Naval Ceremonial

Sunset Ceremony

    This ceremony is stringently conducted every day, signifying the end of daylight for a Navy unit. It is carried out at the actual moment of sunset, during which the Navy Ensign and Jalur Gemilang will be lowered simultaneously in synchronization with the sound of the Bosun's Pipe or Bugler (if present). This ceremony generally involves the controlling activities by the manning of the flag called Prep and the reports by the Rating on Ensign Staff. The controlling unit is the Senior Officer Afloat or Senior Officer Present Afloat, ensuring the smooth orchestration of the whole evolution, which shall live to the mark of the rich naval traditions of the Royal Malaysian Navy. This ceremony may be augmented by the Ceremonial Sunset which may include the sounding of the Bugler over the ceremony.

Colour Ceremony
   
    Navy Ensign and Jalur Gemilang are the essential of this ceremony. Both will be hoisted in full synchronization with all the ships and stone frigates (thse are commisioned Navy shore-establishments) at sharp 0800 local time every day. For the Fleet, the ceremony is controlled by the Senior Officer Afloat or Senior Officer Present Afloat, staffed by the Colour Party manning the Bosun Call, Prep, the Jalur Gemilang and Navy Ensign.