Wednesday, January 12, 2011

Kawat Senyap TLDM

Kawat Senyap ataupun Kawat Tanpa Perintah TDLM telah ditubuhkan pada 15 Julai 1990.

Terdapat beberapa formasi di dalam kawat senyap ini. Antaranya :

a) Formasi Perdana
   - Pergerakan ini merupakan kombinasi pergerakan pembuka tirai persembahan dengan memberikan penghormatan menggunakan senjata yang digunakan mengikut taraf tetamu yang hadir pada persembahan itu.

b) Formasi Perkasa
   - Ianya membawa maksud apa jua misi TLDM sedia dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

c) Formasi Handalan
   - Kombinasi pergerakan tangan yang dikenali sebagai pergerakan nombor 4 yang membawa maksud kesiapsiagaan TLDM dalam menjaga kepentingan negara.

d) Formasi Laksamana
   - Formasi ini membawa maksud semangat kerjasama berpasukan yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap warga TLDM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

e) Formasi Jebat
   - Kedudukan formasi dalam 4 barisan dengan memusingkan senjata yang membawa maksud TLDM siap sedia menghadapi segala bentuk ancaman dari segenap penjuru.

f) Formasi Marikh dan Musytari
   - Formasi objek 2 bintang dan 4 anggota melambung senjata membawa maksud TLDM sedia menangkis serangan dengan menggunakan kemahiran dan kecekapan yang dimiliki oleh      anggota TLDM dalam mempertahankan kedaulatan raja dan negara dari dicerobohi.

g) Formasi Formasi Ganas
   - Formasi 4 barisan serta membaling senjata bersilang membawa maksud TLDM sentiasa berdepan dengan sudut ancaman sama ada dari laut, udara dan darat.

h) Formasi Samudera
   - Gabungan pergerakan kaki dan tangan dan keseragaman pergerakan membawa maksud bahawa TLDM mampu menghadapi segala rintangan dan cabaran yang mendatang.

i) Formasi Gempita dan Ganyang
   - Formasi 2 bulatan dengan pergerakan melambung senjata yang membawa maksud semua lapisan warga TLDM mengamalkan budaya kerja cemerlang dan berkualiti serta
     memegang teguh disiplin tentera.

j) Formasi Pendekar
   - Formasi 2 barisan dengan pergerakan ombak menunjukkan TLDM sentiasa mengharungi ombak bergelora dalam melaksanakan tugas demi keselamatan perairan negara dari      dicerobohi.

k) Formasi Hormat
   - Pergerakan ini merupakan kombinasi pergerakan penutup tirai persembahan dengan tembakan ke udara seterusnya memberikan penghormatan menggunakan senjata      menunjukkan adat menghormati dan menzahirkan rasa terima kasih kepada hadirin.